"FIX CLUB:
Kelab pelabur, Kelab dengan transaksi yang menguntungkan, Kelab dengan teknologi unik."

Kelebihan bekerja dalam pasukan kami

Penghargaan dan tanggungjawab

Rakan kerja kami adalah aset utama kami. Kami memahami bahawa setiap minit yang dihabiskan di tempat kerja adalah satu minit berjauhan dari rumah dan keluarga. Kami sentiasa menunjukkan mereka betapa kami berterima kasih dan menghargai mereka. Kami percaya tentang kepentingan motivasi, dan apa yang paling penting ialah peluang yang sama. Kami berusaha untuk membantu masyarakat, yang juga banyak membantu kami. Dengan berteraskan sifat-sifat berperikemanusiaan, kami bertanggungjawab untuk menyokong sebarang usaha untuk melindungi alam sekitar, dan meningkatkan pendidikan, penjagaan kesihatan dan masyarakat secara umum.

handshake
pie

Prinsip-prinsip kejayaan kami

  1. NIlai. Berkhidmat untuk orang lain adalah motivasi perniagaan yang paling kritikal. Kami memahami perkara ini di Fix Club, itulah sebabnya kami menawarkan pelanggan kami terma-terma kerjasama yang terbaik.
  2. Strategi. Kualiti prestasi dan pencapaian strategi memberi kami kelebihan besar berbanding pesaing kami. Strategi kami adalah telus, namun tidak ramai yang dapat mengulang kejayaan kami.
  3. Mendesak. Pertama sekali, kami mengharapkan yang terbaik dari diri kami sendiri. Matlamat kami ialah untuk menjadikan kecemerlangan sebagai prinsip utama perniagaan kami, itulah sebabnya kami tidak mengehadkan diri untuk memberi pelanggan apa yang mereka mahu sahaja - kami memberikan mereka lebih lagi.
  4. Pasukan. Fix Club ialah syarikat pelaburan kewangan yang moden dengan pasukan profesional sebagai terasnya, dan membangunkan perisian dan penyelesaian yang unik untuk perniagaan yang berjaya.
  5. Inovasi. Kami memberi tumpuan kepada pelaksanaan inovasi berskala besar yang membolehkan kami menawan pasaran dengan lebih berkesan.
  6. Teknologi. Kami menghasilkan algoritma yang menggabungkan analisis dan interpretasi data pasaran yang besar, lantas memberikan kami model ramalan yang tidak tersedia sebelum ini.

Kisah penubuhan Fix Club Ltd.

Kisah pasukan Fix Club bermula pada tahun 2013 apabila sekumpulan inovator kewangan dan pakar teknologi baru mengemukakan idea untuk mewujudkan strategi pembangunan perniagaan yang unik untuk ekonomi global dan mata wang kripto. Ketika itu, graduan-graduan dari universiti yang terkemuka di Amerika Syarikat dan Eropah telah melihat potensi untuk membangunkan mata wang kripto dan teknologi rantaian blok. Selama lima tahun berikutnya, pasukan ini telah mengkaji dan meneroka teknologi baru untuk menghasilkan strategi membuat keuntungan yang unik untuk perdagangan mata wang kripto. Sementara itu, kami berjaya membangunkan bersama dan menubuhkan perusahaan pelombongan di Asia dan Amerika Utara. Hari demi hari, tahun demi tahun, kami memperoleh pengalaman yang berharga tentang cara untuk membuat keuntungan dengan mendagangkan mata wang kripto terus di pasaran. Kami melakukan kajian terperinci tentang pasaran, dengan menghasilkan lebih daripada 1000 strategi perdagangan yang unik, yang mana sesetengahnya mula menjana pendapatan harian. Hasilnya, kami mula menerima tawaran untuk menyertai pasukan perbadanan global terkemuka yang sedia ada. Namun, ia bercanggah dengan idea dan misi utama kami untuk mewujudkan sistem penjanaan pendapatan secara global. Kami memutuskan untuk mewujudkan platform bebas yang menghubungkan dan menjamin pendapatan berterusan untuk teknologi rantaian blok, pelombongan dan perdagangan mata wang kripto. Inilah langkah pertama dalam penubuhan kelab terbuka kami - Fix Club. Pada tahun 2018, kami menerima dokumen yang diperlukan untuk memperbadankan syarikat kami - Fix Club Ltd. Ia adalah syarikat prospektus baru, dengan cita-cita dan matlamat yang jelas dan kukuh. Fix Club adalah syarikat yang akan memainkan peranan utama dalam ekonomi global.

Pelabur

  • accenture
  • andreessen-horowitz
  • cme-ventures
  • core-innovation-capital
  • google-ventures
  • santander
  • sbi-group
  • digital-ventures
  • seagate
  • standard-chartered